Rabu, 27 Mei 2015

Ilmu

Orang bertanya kepada Saidina Ali
k.w
kenapa beliau mencintai ilmu
lebih daripada  harta?
Jawab sahabat agung Saidina Ali k.w :
Pertama :
Ilmu itu jika diberi kepada orang lain,
akan bertambah,
manakala harta jika diberi akan
menyusut.
Kedua :
Ilmu dapat memelihara diri kita,
manakala harta
kita pula terpaksa melindunginya.
Ketiga :
Makin banyak ilmu hati semakin
tenang,
sedang semakin banyak harta
semakin berat hati dalam menjaganya.
Keempat :
Orang yang menyimpan ilmu tanpa
bimbang didatangi pencuri,
sedang banyak menyimpan harta
sentiasa cemas dan curiga didatangi
orang.
Kelima :
Orang yang berilmu mempunyai
kenalan luhur,
sedang si punya banyak harta
mempunyai ramai lawan dan musuh.
Saidina Ali k.w berkata lagi :
Keenam :
Hendaklah engkau berlindung kepada
Allah dalam semua urusan, kerana
dengan itu engkau mendapat
perlindungan yang kukuh, kuat dan
mulia.
Ketujuh :
Harta kekayaan tidak akan kekal
menemanimu,
dan kamu pula tidak akan dikekalkan
oleh hartamu.
Salah satu akan musnah terlebih
dahulu,
samaada kamu atau hartamu.
Kelapan :
Ketahuilah kamu diciptakan untuk
akhirat,
tidak untuk dunia.
Kesembilan :
Kamu dihidupkan untuk dimatikan,
tidak untuk dikekalkan.
Dengan itu
sesungguhnya berada di tempat
sementara inilah
kamu berbekal untuk menuju akhirat
yang pasti.
Kesepuluh :
Engkau selalu dikejar maut, yang
tiada siapa terlepas siapapun yang
cuba lari daripadanya.
Kesebelas :
Dengan itu hendaklah waspada
jangan tertangkap maut
ketika berbuat jahat,
atau telah merancang berbuat jahat
lalu menemui maut
maka binasalah engkau.
Sahabat yang dimuliakan,
Utamakanlah ilmu daripada harta
tetapi jika kalian berharta
maka jadikanlah harta kalian untuk
menuntut ilmu,
sebarkan ilmu yang bermanfaat
dan sedekah jariah
maka harta tersebut akan membantu
kalian
walaupun kalian berada dialam
barzakh,
jangan jadi hamba kepada harta
nanti kalian akan binasa.....
sumber : Makmum Sundari

Tidak ada komentar:

Posting Komentar